Panasnya Hari Ini

Enam Lagi Ahli Parlimen Umno Keluar Parti

PUTRAJAYA: Enam lagi ahli Parlimen Umno mengumumkan keluar parti.

Mereka ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).

Tiga lagi ahli Parlimen adalah Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) Datuk Seri Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing) dan Datuk Shahbudin Yahya (Tasik Gelugor).

Satu surat ditandatangani oleh enam ahli Parlimen tersebut bagi memaklumkan parti mengenai keputusan mereka, telah dihantar kepada Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut sumber, surat yang memaklumkan kepada Umno bahawa kesemua mereka keluar parti berkuat kuasa 14 Disember, Jumaat, dihantar pada pukul 3.50 petang lapor The Star.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");