Perak Hari Ini

Gabungan Memukau Ramli Sarip & Khadijah Ibrahim!

IPOH:’Serasi dan memukau’ itu perkataan yang terungkap apabila melihat gabungan lagenda tanah air, Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim menghiburkan para penonton pada Malam Seni dan Budaya serta konsert amal ‘Doa Buat Kekasih’ yang berlangsung hari ini.

Majlis yang berlangsung di Hotel Casuarina, Meru Raya itu turut dihiburkan dengan seni persembahan kebudayaan negeri dan peragaan fesyen.

Turut berangkat pada majlis tersebut Raja Puan Muda Perak Tungku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ahli Lembaga Pengarah Koloni Karyawan Aman Jaya (PORT), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Terdahulu konsert tersebut merupakan adalah anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Cawangan Perak yang turut mendapat kerjasama daripada PORT, D’va Event and Management, Rasa Karya Music Sdn Bhd serta beberapa agensi kerajaan dan swasta yang lain.

Konsert amal itu juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat selain memberi peluang untuk mereka menyatakan sokongan dari segi moral dan kewangan kepada penghidap kanser di Perak.

Pada persembahan yang berlansung selama dua jam setengah itu, penonton turut disajikan pelbagai lagu era 80-an oleh beliau dan Khadijah yang cukup memukau hadirin yang hadir.

Malah majlis tambah meriah dengan aksi spontan peminat tegar Ramli Sarip yang sanggup berdiri menyanyi bersama-sama di hujung pentas serta Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut mendengangkan sebuah lagu berjudul Bukan Kerna Nama bersama-sama.

Pastinya lagi Doa Buat Kekasih, Batu, teratai dan Kupendam sebuah Duka antara lagu yang cukup dinantikan para hadirin yang hadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");