Berita Hari Ini

Kaedah Baharu Bayar PTPTN Lebih Menyeluruh

KUALA LUMPUR – Kaedah baharu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bakal diperkenalkan, bersifat lebih menyeluruh.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, kajian mengenai mekanisme baharu itu sedang dalam penelitian pihaknya bagi memastikan kaedah tersebut sesuai untuk semua golongan peminjam.

“Golongan kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) sentiasa menjadi keutamaan PTPTN.

“Bilangan peminjam tegar adalah sedikit dan kita akan pastikan mereka membayarnya. Bagaimanpun, adalah terlalu awal untuk saya umumkan kaedah itu kerana kita masih melaksanakan kajian terperinci,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘KITA Bantu – Jom Ke Sekolah’ di Dewan Serbaguna Taman Tasik Ampang Hilir, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Kami Insan Tanah Air (KITA) Mohd. Danial Abdul Rahman.

Pada 7 Disember lepas, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengumumkan penangguhan pelaksanaan kaedah baharu bayaran balik PTPTN secara Potongan Gaji Berjadual yang dijadualkan bermula Januari depan.

PTPTN memerlukan tempoh enam hingga 12 bulan bagi mengkaji semula pelaksanaan formula baharu bayaran balik pinjaman pendidikan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");