Jenayah

Kes Eksploitasi Pekerja: 8 Rakyat Malaysia Ditahan Di Australia

KUALA LUMPUR: Lapan rakyat Malaysia ditahan di Australia susulan serbuan terhadap dua lokasi berasingan oleh pegawai Pasukan Kawalan Sempadan Australia (ABF).

Memetik BH Online, portal berita Australia, news.com.au melaporkan pihak berkuasa menahan lima rakyat Malaysia yang dikatakan terbabit dalam sektor pertanian ketika serbuan pertama di Torrensville, pinggir bandar Adelaide, selatan Australia.

Semua mereka ditempatkan di depoh tahanan imigresen, sementara menunggu dihantar pulang ke Malaysia.

Menurut portal itu, dua daripada lima individu yang ditahan turut disyaki terbabit dalam pengurusan sebuah sindiket eksploitasi pekerja di negeri New South Wales.

Pada hari sama, pegawai ABF turut menyerbu sebuah hartanah di Euston, New South Wales, di mana tiga lagi rakyat Malaysia ditahan.

Komandar ABF, James Copeman dipetik portal itu sebagai berkata, serbuan itu adalah sebahagian daripada Operasi Battenrun yang menyasarkan pekerja asing tanpa izin dan penipuan migrasi terancang.

Katanya, pekerja haram mudah menjadi sasaran serta sering dibayar gaji rendah dan mendapat layanan teruk.

Portal itu turut melaporkan serbuan itu tiada kaitan dengan siri tangkapan sama pada Ogos lalu, di mana seorang lelaki Thailand dan dua warga Malaysia ditahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");