Berita Hari Ini

Mangsa Banjir Terengganu Meningkat Kepada 1,662 Orang

KUALA TERENGGANU: Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 1, 622 orang daripada 506 keluarga di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di negeri ini.

Jumlah itu meningkat berbanding 950 orang daripada 327 keluarga di 16 pusat pemindahan malam tadi membabitkan daerah Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Ketua Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata Hulu Terengganu mencatatkan peningkatan jumlah mangsa teramai setakat ini.

Beliau berkata, mangsa banjir di Hulu Terengganu meningkat kepada 1,161 mangsa daripada 394 keluarga di sembilan PPS pagi ini, berbanding 645 orang daripada 257 keluarga.

Katanya, mangsa di Kemaman juga menunjukkan peningkatan kepada 448 mangsa daripada 109 keluarga di sembilan PPS pagi ini berbanding 292 orang daripada 67 keluarga di lima PPS malam tadi.

“Bagaimanapun jumlah mangsa di Setiu kekal 13 orang daripada tiga keluarga yang ditempatkan di satu PPS di Kampung Mak Bakas,” katanya yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran menerusi laman web www.publicinfobanjir.gov.my melaporkan, empat sungai di Kemaman, Hulu Terengganu dan Setiu berada pada paras amaran, manakala lima sungai pada paras berjaga-jaga memetik laporan Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");