Perak Hari Ini

Skim Bantuan Negeri Perak Tular, Adalah Maklumat Palsu

IPOH:Pengerusi Pembangunan Sahsiah, Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri,Wong May Ing hari ini tampil menegaskan bahawa Skim Bantuan Kad Kesihatan dan Takaful Tabbaru’ seperti yang tular di media sosial baru-baru ini adalah maklumat palsu.

Terdahulu mesej palsu tersebut menyatakan warga emas yang berumur 60 keatas digesa untuk hadir ke Pejabat Pakatan Harapan bagi mendapatkan Kad Kesihatan bernilai RM700 setiap tahun.

Manakala ahli keluarga juga dimaklumkan bahawa RM2500 akan diberi melalui Takaful Tabbaru’ sekiranya terdapat warga emas dalam keluarga tersebut meninggal dunia.

Bagaimanapun, Wong May Ing tampil menafikan maklumat mesej dalam bahasa Mandarin itu adalah palsu.

Katanya kelayakan penerima bantuan kad kesihatan adalah daripada senarai berdaftar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Perak (MAIP).

“Bagi Program Takaful Tabbaru pula,Kerajaan Perak hanya memberi bantuan RM500 dan bukan bantuan RM2500 seperti yang diviralkan.”

“Kami memohon perhatian orang ramai,jangan terpercayai atau viralkan mesej palsu tersebut, sila merujuk kepada majlis daerah ataupun agensi-agensi berkenaan untuk mendapat maklumat tepat sekiranya mendapati viral sebegini berlaku lagi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");