Perak Hari Ini

MBI Anjur Pertandingan Untuk Kaki Pancing

IPOH: Lebih 100 kaki pancing menyertai Pertandingan Memancing bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Ipoh ke-30, di Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, hari ini.

Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Mohd Zakuan Zakaria berkata, acara itu disertai Ahli-ahli Majlis, ketua-ketua jabatan MBI, serta orang ramai.

Katanya lagi, selain daripada memberikan ruang kepada para kaki pancing untuk menonjolkan bakat masing-masing, ia juga sebahagian daripada inisiatif MBI untuk menonjolkan lagi taman rekreasi tersebut sebagai destinasi pelancongan utama di Perak

“Program tahunan ini adalah salah satu usaha MBI untuk membantu meningkatkan sektor pelancongan di Bandaraya Ipoh.

“Semoga penganjuran program ini akan menjadi salah satu program yang sentiasa menjadi ikutan kaki-kaki pancing di seluruh Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambah Mohd Zakuan, beliau tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan pertandingan seumpama itu pada tahun hadapan.

Ujarnya, beliau akan membuka peluang lebih luas kepada semua kaki pancing untuk terus menyertai pertandingan tersebut.

Jelasnya lagi, mana-mana individu yang berminat untuk menyertai boleh menghubungi Jabatan Landskap MBI, untuk maklumat lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");