Berita Hari Ini

Mindef Tarik Balik Tauliah Mohd Irwan Serigar

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan menarik balik tauliah Mejar Jeneral (Kehormat) yang diberikan kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Kementerian berkenaan menerusi kenyataan memberitahu, penamatan tauliah tersebut oleh Angkatan Sukarela Persekutuan telah berkuat kuasa pada 31 Mei lalu.

Penamatan itu telah dibuat melalui Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke 564 yang telah bersidang pada tarikh tersebut berdasarkan Perkara 16.a, Penamatan Tauliah, Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT).

“Penyandang tauliah kehormat boleh dengan secara sukarela memohon supaya tauliahnya dibatalkan diatas sebab-sebab peribadi.

“Tauliah kehormat boleh juga ditamatkan apabila pegawai-pegawai berkenaan tidak lagi menjawat jawatan yang membawatauliah kehormat tersebut,” demikian menurut kenyataan itu, lapor MalaysiaGazette.

Tambah kenyataan itu lagi, tauliah kehormat kepada Mohd Irwan diberi atas jawatan beliau yang sebelum ini merupakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia pada 30 Oktober 2015.

“Oleh itu tauliah tersebut tamat selepas beliau tidak lagi menjawat jawatan berkenaan,” kata kenyataan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");