Perak Hari Ini

MK Land Bina Rumah RM1 Bilion

IPOH- MK Land Holdings Bhd. (MK Land) telah berjaya membina 3,800 unit rumah daripada nilai keseluruhannya iaitu 4,500 unit yang bernilai RM1 Billion dalam tempoh masa tiga hingga lima tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru, Yoo Choo Kiong berkata dijangkakan lebih banyak lagi rumah mampu milik dapat dibina di Ipoh dengan penglibatan MK Land.

 

“Kerajaan negeri bercadang untuk merealisasikan pembinaan 50,000 unit rumah Perakku dalam masa 5 tahun dengan kerjasama syarikat swasta MK Land.

“Saya ingin berterima kasih kepada pihak MK Land kerana mereka berjaya memulakan projek pembinaan ini bagi memberi kesenangan kepada rakyat,” katanya dalam satu sidang media semasa Majlis Penyerahan Kunci Secara Simbolik Rumah Teres Mampu Milik “Jade” di sini hari ini.

Turut hadir, Encik K Mohanachandran Ketua Pegawai Ekssekutif MK Land dan Pengurus Besar Kanan MK Land, Puan Norida Binti Abu Kassim.

Selain  itu katanya, pembinaan perumahan ini sekaligus dapat menyambungkan jalan dari Klebang ke Meru dengan jarak perjalanan kira-kira 4 KM disamping dapat memberi faedah kepada pihak MK Land itu sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutinya juga berkata, setakat ini melibatkan sejumlah 240 ekar tanah di Kelebang Putra dan 200 ekar tanah di Meru Perdana telah siap dibina.

“Pihak kami menjangkakan keseluruhan projek ini akan siap dibina apabila adanya permintaan pasaran malahan, projek ini dilaksanakan sedikit demi sedikit,”katanya.

Projek di Klebang Putra fasa 2 merupakan kesinambungan projek Klebang Putra fasa 1 yang telah dibangunkan oleh anak Syarikat MK Land iaitu Zaman Teladan Sdn Bhd (ZTSB) melibatkan 1,565 unit rumah dan kedai yang telah diserahkan kepada pembeli dan penduduk sepenuhnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");