Perak Hari Ini

Nga Kor Ming Beri Jaminan Adun DAP Berdiri Teguh Belakang MB Perak

IPOH:Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memberi jaminan kesemua 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu berdiri teguh di belakang kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Malah katanya, Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad sengaja menimbulkan dakwaan bahawa terdapat seorang exco daripada parti itu mahu menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu adalah tuduhan tidak berasas.

“Jika selepas habis persidangan Dewan Undangan Negeri Ahmad Faizal Azumu masih menjadi menteri besar, sah Saarani berbohong dan membuktikan Saarani sememangnya pemimpin tidak berkredibaliti.

“Dia sengaja mengungkit supaya rakyat tertipu, namun rakyat tidak seperti dahulu malah lebih cerdik daripada pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Saarani sebagai seorang pemimpin veteran jangan bermain polemik dan taktik kotor ini bukan tahun 2009 tetapi 2019 hormatlah sistem demokrasi parlimen,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya lagi sesiapa sahaja boleh membuat akuan bersumpah seperti dinyatakan oleh Saarani berhubung dakwaan itu.

“Akuan bersumpah siapa pun boleh buat, minum kopi bersama rakan adun juga boleh jadi isu dan bukti ia seperti manifestasi kepada sikap kebudak-budakan tujuan membazir masa,” katanya.

Nga Kor Ming terdahulu turut menyifatkan dakwaan tersebut sengaja dihebohkan untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu ketirisan yang berlaku di dalam Perbadanan Menteri Besar (MB INc.) seperti dibangkitkan oleh adun-adun Pakatan Harapan dalam dewan.

“Berdasarkan penggulungan belanjawan Menteri Besar tadi, disahkan MB Inc telah menerima RM53.6 juta sebagai yuran komitment untuk projek-projek (di bawah lima kategori). Duit ini sepatutnya diletakkan di dalam bank dan tidak boleh digunakan sehingga projek terlibat lengkap atau selsai, maka barulah menjadi MB Inc punya.

“Bagaimanapun mengikut akaun yang kita periksa, walaupun MB Incterima 53.6 juta, tetapi kebanyakkan duitnya telah dibelanjakan, kini duit yang ada dalam akaun tinggal RM13.5 juta sahaja, 40.1 juta telah dibelanjakan.

“MB Inc juga kini menghadapi kes saman berjumlah RM18 juta. Ini adalah semua kerja-kerja hasil dari salah urus tadbir BN, sebab itu Saarani bermulba reka cerita kartun dan buat tomahan bertubi-tubi seolah-olah kerajaan ini berentakkan dan ada nak gulingkan, ini semua penipuan,” ujarnya.

Katanya bekas Menteri besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan ketua Pembangkang Datuk Saarani Mohamad perlu memberi penjelasan mengenai RM40.1 juta yang telah dibelanjakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");