Perak Hari Ini

Penduduk Gesa Baiki Segera Jalan Berlubang Di Meru

IPOH:Jalan utama iaitu Lebuh Meru Raya berhampiran Sekolah Kebangsaan Meru dekat sini memerlukan perhatian segera pihak berwajib ekoran keadaan jalan yang rosak dan berlubang sejak sekian lama.

Tinjauan Peraktoday di lokasi mendapati jalan itu merupakan laluan utama ibu-bapa dari kedua-dua kampung berkenaan untuk menghantar anak ke sekolah dan merupakan laluan yang digunakan oleh kenderaan berat seperti lori.

Malah kebanyakkan jalan di sekitar kawasan Meru Raya berhadapan masalah yang sama iaitu permukaan jalan rosak, berlubang dan merekah.

Seorang penduduk Shahril Sharib, 37 berkata jalan tersebut berlubang besar dan keadaan tambah buruk terutama ketika hujan lebat berikutan lubang berkenaan ditutupi air.

Katanya isu tersebut telah lama berlaku tetapi tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

“Keadaan jalan ini merbahaya pada penunggang motorsikal terutamanya apabila waktu hujan kerana lubang ini ditutupi air.

“Saya penduduk Bandar Meru Raya Ipoh,berasa terkilan dengan sikap Pihak berwajib mengenai jalan berlubang sekitar Jalan Bandar Meru Raya kerana lubang tersebut terbiar begitu lama malah sehingga kini tiada tindakan sewajar nya dari pihak berwajib,” katanya.

Katanya kerja-kerja penurapan dan baik pulih perlu disegerakan demi keselesaan dan keselamatan penduduk.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");