Jenayah

Peniaga Buah Disembelih

GEORGETOWN: Seorang peniaga buah parah selepas lehernya disembelih seorang lelaki dalam pergaduhan di Pasar Karat, Lorong Kulit, di sini hari ini.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun dikatakan sedang bersiap menyusun buah di meja untuk dijual di pasar terbabit.

Bagaimanapun, suspek yang juga tinggal di kawasan berhampiran tiba dengan membawa sebilah pedang sebelum berlaku pertengkaran dengan mangsa.

Sumber berkata, suspek kemudian mengamuk dan memegang kepala mangsa sebelum menyembelih lehernya.

“Orang ramai yang berada di lokasi kejadian kemudian menghubungi polis dan mangsa ketika itu cuba ditenangkan.

“Polis yang tiba di lokasi kejadian meminta mangsa menyerah diri namun dia enggan berbuat demikian dan polis terpaksa melepaskan satu das tembakan yang terkena kakinya,” katanya.

Sumber berkata, suspek dikatakan berada di bawah pengaruh dadah dan kedua-dua mereka kini berada di Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang mengesahkan kes terbabit dan setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti motif suspek memetik laporan Berita Harian.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");