Membawang Hari Ini

Bapa Meninggal Dunia, Peminat Harap Tomok Tabah

PENYANYI Tomok memaklumkan bapa kesayangannya, Ismail Salam telah menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu.

Berita duka itu disampaikan oleh Tomok menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya.

“Assalammualaikum…Ayah saya Ismail Bin Salam telah pulang ke rahmatullah baru sebentar tadi.

“Arwah akan dikebumikan di Masjid Alam Damai pada petang ini. Al- Fatihah ayah,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, posting berkenaan turut dihujani ucapan takziah daripada peminat dan rakan-rakan artis.

“Innalillahiwainnailaihirojiuun… Takziah my brother. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan ayahanda di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” tulis @akimahmad.

Rata-rata peminat berharap Tomok sekeluarga tabah dan redha dengan ketentuan tuhan.

“Innalillahi wainna ilahirojuun… Turut berbelasungkawa idolaku… Semoga beliau diampunkn segala dosa dan kesalahan dan tempatkan diantara orang-orang mu’min dan keluarga yang ditinggalkan tetap tabah dan ikhlas,” coret @elhysihaticantik

“Innalillahi wainna ilaihi raaji’un, semoga almarhum husnul khatimah dan keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan dan keikhlasan, aamiin @tomokofficial,” komen @yessidelvina memetik laporan Awani.

https://www.instagram.com/p/Br9rpgrheeo/?utm_source=ig_embed

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");