Perak Hari Ini

Perak Cuba Teruskan Projek Kerajaan Terdahulu

IPOH:Kerajaan Negeri sedang berusaha mengadakan perbincangan dengan pihak Kerajaan Persekutuan bagi meneruskan projek pembangunan yang telah diumumkan sebelum ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri akan memberi keutamaan kepada projek yang memberi impak baik kepada rakyat serta dilaksanakan dengan harga yang setimpal.

“Kita berusaha seboleh-bolehnya meneruskan projek yang telah diumumkan sebelum ini dan kerajaan negeri giat berbincang dengan pihak kementerian namun kita perlu memastikan projek tersebut melibatkan kos yang setimpal serta bermanfaat pada rakyat,” katanya menjawab soalan lisan pada sesi persidangan kelima Mesyuarat Ketiga, penggal pertama Dewan negeri yang keempat belas hari ini.

Terdahulu katanya, bagi tahun 2018 sebanyak RM421.28 juta telah diperuntukkan bagi pembangunan di negeri ini dan penyaluran pembangunan adalah melalui jabatan dan agensi kerajaan.

“Setiap penyaluran adalah tertakluk kepada pematuhan dasar, pekeliling dan garis panduan dan tatacara perolehan yang berkuatkuasa,” katanya.

Tambahnya lagi,keperluan pembangunan tidak terikat mengikut bagi satu kawasan dun sahaja sebaliknya peruntukan disalurkan mengikut perancangan dan keutamaan mengikut semua daerah di negeri ini.

“Saya mengakui masih terdapat kawasan di negeri ini yang tidak mendapat pembangunan secara seimbang atau setara dengan kawasan lain jadi menjadi peranan penjawat awam terutama pegawai daerah untuk memastikan kepelruan sesuatu pembangunan di setiap daerah.

“Persidangan dewan negeri juga boleh digunakan oleh wakil rakyat bagi mengutarakan perkara penting untuk pembangunan yang harus disegerakan di sesuatu kawasan

“Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri agar pembangunan dapat dibangunkan seluruh negeri Perak setara dengan kehendak dan keperluan rakyat agar tiada rakyat yang tertinggal,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");