Perak Hari Ini

Petani Kecil Teroka Tanah Haram Perlu Akur Jika Perlu ‘Berhijrah’

IPOH:Kerajaan Perak akan sentiasa mengenalpasti tapak tanah yang sesuai bagi membantu pengusaha kecil dan petani kecil yang bergantung hidup dengan sumber pertanian.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun berkata pihak dalam masa yang sama perlu bertindak tegas terhadap petani korporat yang menduduki tanah secara haram malah tidak memberi pulangan hasil kepada kerajaan negeri.

Malah tambahnya, para petani kecil perlu sedar akan kemungkinan mereka perlu berhijrah ke lokasi lain yang lebih bersesuaian mengikut keperluan.

“Kerajaan Negeri mengetahui banyak tapak kebun menggunakan tanah milik kerajaan secara haram dan banyak pekebun telah memohon lesen pendudukan sementara (TOL).

“Malah menjadi kerisauan kepada kerajaan negeri kerana kita mendapati sebahagian besar tanah dimiliki kerajaan diduduki secara haram melibatkan dua kategori iaitu petani korporat dan petani kecil (kontan) amat membimbangkan, kita sedang mengenalpasti melalui bantuan maklumat disalurkan oleh adun-adun.

“Bagi mereka yang bergantung hidup kepada pertanian kita perlu cari jalan membantu mereka dan menyediakan kawasan yang sesuai,” katanya menjawab soalan tambahan oleh Adun Kepayang Dr. Ko Chung Sen mengenai pendirian kerajaan negeri bagi membantu petani kecil yang menggunakan tanah milik kerajaan negeri secara haram untuk aktiviti pertanian.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan pada Persidangan keempat Mesyuarat Ketiga, penggal pertama Dewan negeri yang Keempat Belas Perak hari ini.

Katanya semua pihak perlu bekerjasama membantu golongan memerlukan dan ambil tindakan tegas kepada pihak yang mengambil keuntungan begitu besar hasil menduduki tanah haram dan membantu petani kontan dengan mengenalpasti tapak tanah yang sesuai.

Terdahulu Kerajaan Negeri jelas Ahmad Faial telah meluluskan sejumlah 12,668 kelulusan lesen menduduki sementara sejak tahun 2012 hingga kini.

“Kelulusan tersebut melibatkan hampir 10 juta ekar bagi semua daerah iaitu agihan bagi kaum Melayu sejumlah 5,553 Kaum cina 6,180, India 915 dan lain-lain sebanyak 20 kelulusan.

Katanya Kerajaan negeri juga sedang dalam proses untuk memberi hak milik sebanyak 3,000 pemegang lesen pendudukan sementara (TOL) dengan syarat tidak merangkumi tanah bukan rizab sungai serta jalan raya.

Jelasnya lagi keputusan pemberian juga berkaitan dengan kawasan di daerah persempadan pantai seperti di Kerian, Larut Matang, Manjung,Hilir Perak dan Bagan Datuk.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");