Berita Hari Ini

Polis Bertungkus Lumus Lengkapkan Siasatan Kes Muhammad Adib

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertungkus lumus untuk memastikan siasatan kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Muhammad Adib Mohd Kassim dilengkapkan dengan segera.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, individu yang bertanggungjawab dalam kes itu akan dibawa ke muka pengadilan.

“Setakat ini, PDRM masih berusaha melengkapkan kertas siasatan dan usaha mengesan suspek dalam kes pembunuhan Muhammad Adib giat dijalankan,” katanya lapor Astro awani.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri perkahwinan 20 pasangan pegawai PDRM di Pusat Latihan Polis (Pulapol), pada Sabtu.

Selain itu, beliau meminta mana-mana pihak untuk tidak terpengaruh dengan sebarang maklumat tidak benar bahawa ada laporan bedah siasat awal kononnya kematian Muhammad Adib akibat dihimpit objek besar.

Jelas Mohamad Fuzi, setakat ini hanya 10 daripada 60 individu yang didedahkan sebelum ini tampil membantu siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");