Membawang Hari Ini

Raja Ilya Langsung Perkahwinan Di Perth, Australia

KUALA LUMPUR – Pelakon Raja Ilya mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Perth, Australia esok.

Menerusi sebuah rakaman video di Instagramnya beberapa jam lalu, Raja Ilya, 33, memberitahu majlis tersebut diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekatnya sahaja.

Bagaimanapun, pelakon itu tidak menyatakan waktu sebenar majlis perkahwinannya akan berlangsung.

“Sekarang saya berada di Perth dan esok adalah hari paling bermakna buat saya. Saya akan berkahwin di sini.

“Kepada sesiapa yang saya tidak jemput, minta maaf kerana majlis ini dilakukan secara sederhana sahaja. Insya-Allah, akan ada sebuah majlis lain pada tahun depan. Terima kasih kepada yang memberi ucapan dan mendoakan kebahagiaan saya,” katanya.

Dalam rakaman video berdurasi seminit tersebut, pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohammad  itu sempat menunjukkan lokasi dan konsep majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung iaitu di sebuah taman.

Terdahulu, pada 1 November lalu Raja Ilya mengumumkan telah menerima lamaran daripada kekasihnya dengan berkongsi sekeping gambar dia menyarung sebentuk cincin bertatahkan berlian pada jari manisnya.

Raja Ilya dan bakal suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 37 tahun mula berkenalan sejak tahun 2012. – K! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");