Panasnya Hari Ini

Ramai Pemimpin Keluar Kem Zahid Hamidi

Selain itu, kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ahmad Zahid mencalar imej UMNO yang menjejaskan sokongan daripada rakyat, khususnya orang Melayu.

Ahmad Zahid kini di persimpangan, sama ada akur dengan desakan atau terus bertahan. Pemimpin lain juga dalam dilema. Yang mana satu pilihan mereka, Ahmad Zahid atau UMNO?

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir meminta Ahmad Zahid jangan berdegil seperti Najib.

Bagi beliau, kedegilan Najib tidak meletak jawatan menjadi punca tumbangnya Barisan Nasional (BN) pada PRU-14. Dia bimbang pisang berbuah dua kali kerana jika terus berdegil, maka musnahlah UMNO selamanya. Namun, sebenarnya UMNO memang sudah di ambang kemusnahan.

Walaupun enam Ahli Parlimen UMNO yang keluar kelmarin tidak menyatakan, sama ada akan menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH), hubungan mereka dengan kem Ahmad Zahid sudah semakin buruk dan sukar untuk bercantum semula.

Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam pertemuan eksklusif dengan beliau kelmarin hanya tersenyum ketika ditanya, sama ada kumpulan yang keluar parti akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan juga dalam dilema. Difahamkan beliau tahu mengenai tindakan enam Ahli Parlimen itu. Beliau juga dipelawa supaya menyertai ‘kumpulan penentang’ Ahmad Zahid, tetapi membuat keputusan mahu bergerak dari dalam.

Datuk Seri Hishammuddn Hussein juga dikatakan bukan berada dalam kem Ahmad Zahid. Beliau dikatakan antara 39 Ahli Parlimen yang menandatangani surat akuan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga secara tegas semalam, meminta Ahmad Zahid berundur demi menyelamatkan parti.

Justeru, apa pilihan Ahmad Zahid? Melepaskan jawatannya secara terhormat atau ‘dihumban keluar’ oleh ahli UMNO sendiri menerusi Perhimpunan Agung Khas UMNO. Namun, sudah terang lagi bersuluh. Walau apa sekali pun, seperti kata Mohd Zaidy dan Khairy, beliau perlu berundur dan bagi laluan kepada pemimpin lain jika tidak mahu UMNO musnah.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");