Perak Hari Ini

Rekahan Jejantas: Orang Awam Jangan Panik

IPOH:Orang awam diminta tidak panik dan gusar berhubung rekahan yang jelas dapat dilihat pada jejantas pengguna jalan kaki berhampiran Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Adun Kepayang Dr. Ko Chung Sen berkata pihak pemaju telah hadir dan melakukan pemeriksaan pada jejantas tersebut dan mendapati sturktur jejantas masih dalam keadaan stabil dan kukuh.

“Pada dua minggu lepas apabila lori pihak kontraktor  yang membawa jentera terlanggar struktur jejantas hingga mengakibatkan struktur jejantas teranjak sedikit kehadapan dan mengakibatkan keretakan di struktur jejantas.

“Bagaimanapun jambatan ini tidak melekat pada tiang tersebut dan boleh bergerak kerana ia dibina berasingan dengan jambatan dan tiang ini sebagai pemegang cuma selepas dilanggar jambatan telah bergerak sekitar 6 hingga 8 inci begitu juga bahagian tangga,” katanya ketika ditemui di lokasi tersebut.

Katanya lagi jambatan tersebut mempunyai ciri keselamatan serta masih selamat dilalui oleh kenderaan dibawah jejantas berkenaan.

Beliau turut meminta agar pemanju menyediakan jaring bagi menghalang rekahan batu jatuh kebawah.

Turut hadir wakil pemaju yang memaklumkan pihaknya telah melaksanakan kajian lanjut berkaitan struktur dan akan kemukakan laporan lengkap untuk kerja pembaikan.

Katanya tempoh pembaikan mengambil masa sekitar satu bulan.

“Pihak kontraktor telah hadir semalam menyiasat dan mendapati jejantas ini masih selamat dilalui orang ramai, tetapi pemaju memerlukan masa satu bulan untuk mengalihkan jambatan yang bergerak ke posisi asalnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");