Berita Hari Ini

SPRM Akan Wujudkan Jawatankuasa Anti Rasuah Peringkat Negeri Perangi Rasuah

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah akan mewujudkan Jawatankuasa Anti Rasuah peringkat negeri bagi meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan masyarakat pentingnya memerangi rasuah di seluruh negeri ini.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Salbi, berkata cadangan untuk mewujudkan jawatankuasa itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hashim Paijan, pada 11 Disember ini.

“Dalam mesyuarat ini, cadangan untuk menubuhkan jawatankuasa itu antara yang akan dibincangkan dan daripada situ, akan akan wujudkan pula jawatankuasa berkenaan di peringkat daerah.

“Setiausaha Kerajaan Negeri akan menjadi pengerusi jawatankuasa berkenaan,” katanya dalam sidang media sempena majlis Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2018 peringkat negeri, di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar.

Seramai 400 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini menyertai program tinjauan mesra yang diadakan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, sempena sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa peringkat negeri itu.

Mengenai kesedaran masyarakat untuk membantu memerangi rasuah, Sazali berkata kerjasama dalam kalangan masyarakat untuk menyalurkan aduan dan maklumat berkaitan rasuah kini semakin meningkat.

“Program hari ini juga adalah yang kelima kita laksanakan di serentak di seluruh negara dengan antara pengisiannya adalah mengadakan tinjauan mesra.

“Menerusi program tinjauan mesra ini, kita bersama pelajar IPT bertemu dengan masyarakat dan menjelaskan kepada mereka mengenai pentingnya memerangi rasuah.

“Saya mendapati program ini banyak memberi kesedaran dan menyebarluaskan mesej yang kita mahu sampaikan kepada rakyat berkaitan rasuah,” katanya kepada NSTP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");