Berita Hari Ini

SPRM Belum ‘Ketuk’ Pintu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum ‘mengetuk’ pintu pejabat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, bagi siasatan dakwaan pemberian kontrak membabitkan unsur campur tangan ahli keluarga.

Beliau berkata, agensi itu boleh menyiasatnya pada bila-bila masa.

“Memanglah boleh siasat, kenapa kena halang kalau kita tak salah? Tidak tahulah tapi kalau pejabat saya, belum (masuk) lagi.

“Lain-lain bilik pejabat, saya tidak tahu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengesahkan SPRM menyiasat dakwaan satu kementerian memberi kontrak secara terus dengan adanya unsur ‘campur tangan’ anak kepada menteri berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Mohamaddin membidas dakwaan kononnya kakitangan kementeriannya dimonopoli kakitangan dari Sabah.

“Jangan cakap begitu, tak ada isu begitu. Saya takkan jawab mengenai perkara yang saya tidak tahu,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");