Perak Hari Ini

Tahun 2019: Tolak Fahaman Kebencian,Kekalkan Keamanan Dimiliki- MB Perak

IPOH:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta rakyat negeri ini terus bersatu hati mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi hari ini sempena ambang tahun baru 2019 berbaki beberapa jam sahaja lagi.

Beliau menerusi perutusan tahun baru 2019 berkata sebagai sebuah pentadbiran yang sentiasa merasai denyut nadi rakyat,Kerajaan Pakatan Harapan Perak akan sentiasa memberi keutamaan kepada segala usaha untuk menunaikan harapan setiap lapisan rakyat.

“Tahun 2018, kita telah melalui pelbagai pancaroba, liku dan kejayaan. Namun di bawah tema BERSAMA MEMACU HARAPAN, Bajet Negeri 2019 telahpun dibentangkan di dalam persidangan Dewan Negeri berlandaskan 5 fokus iaitu iaitu Mengukuhkan Ekonomi Dan Kelestarian Sumber Negeri; Memacu Kesejahteraan Dan Ekonomi Rakyat;Menggerakkan Revolusi Industri 4.0; Meluaskan Jaringan Strategik Pembangunan Negeri; dan Memastikan Perbelanjaan Mengikut Keperluan.

“Biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran sejak mengambil alih tampuk pentadbiran, Kerajaan Negeri melihat hikmah di sebalik kekuranganini demi mengembalikan kegemilangan negeri tercinta ini,” katanya.

Tambahnya lagi,Kerajaan Negeri tidak sama sekali akan berganjak dan akan terus mara,mengibarkan panji-panji harapan rakyat dan mengembalikan sinarkegemilangan tanah tercinta.

“InsyaAllah Negeri Perak akan menjadi sebuah Negeri yang dirahmati Allah SWT sebagai negeri yang baik dan mendapat rahmat keampunan Tuhan dengan berpegang kepada prinsip menegakkan kebenaran dan keadilan serta mencegah kemungkaran

“Marilah semua kita banggakan negara dan negeri kita. Kita kuatkan kembali ukhwan persahabatan supaya tiada anasir luar dapat menggoyahkansemangat Anak Perak yang tercinta,” katanya.

Katanya, semua pihak perlu menolak fahaman kebencian agar Malaysia tercinta ini terus terpelihara.

“Saya percaya dan yakin bahawa Perak bukan sahaja gemilang daripada segi ekonominya bahkan perpaduan masyarakatnya yang bernilai tinggi dicemburui negara-negara lain.

“Harapan saya, Kita kekalkanlah keamanan dan kesejahteraan yang kitakecapi hari ini sebagai landasan untuk kita membina kejayaan yang lebihgemilang di hari esok.

“In Shaa Allah, dengan sokongan dan dokongan seluruh rakyat, dengan doadan keazaman kita untuk terus mencipta kejayaan demi kejayaan, kita akan melakar masa depan bersama yang lebih sejahtera di negeri Perak yang kita cintai ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");