Perak Hari Ini

Taman Negeri Minta Orang Ramai Bantu Pelihara Fosil Gua Naga Mas

GOPENG:Perbadanan Taman Negeri Perak meminta semua pihak dapat membantu pihak jabatan dan kerajaan negeri dalam usaha memelihara penemuan fosil di Gua Naga Mas, di sini.

Pengurus Besarnya Mohamed Shah Redza Hussein berkata ia sebahagian sebagai langkah meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan kewujudan fosil tersebut.

“Kita ada tiga matlamat terhadap kajian saintifik di Gua ini dan pakar daripada luar negara telah dijemput bagi memberi nasihat bukan sahaja untuk menjaga tetapi membuat kajian kerana ini bukan sahaja warisan negeri tetapi negara,” katanya.

Katanya lagi tapak tersebut sesuai dijadikan lokasi pembelajaran buat anak muda dan pelajar yang meminati bidang arkeologi.

“Kita boleh membawa para pelajar ke sini menerusi rombongan sekolah jadi mereka boleh melihat sendiri dan bukan sahaja melalui buku pastinya akan menarik minat mereka mengkaji sejarah alam.

“Lokasi ini juga berpontensi menjadi tapak pelancongan yang akan memberi manfaat kepada komuniti setempat seperti penyediaan kedai makanan, cenderamata,namun kita perlu sama-sama membantu memeliharanya,” katanya.

Terdahulu beliau ditemui pada kunjungan tapak oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri,Tan Kar Hing, di Gua Naga Mas dekat Gunung Pua, di sini, hari ini.

Jelas kar Hing lawatan kali ketiga ke lokasi tersebut bagi melihat sendiri proses pemetaan secara dua dan tiga dimensi terhadap penemuan fosil di gua tersebut oleh pakar dari dalam dan luar negara.

“Kerajaan negeri mengambil serius dengan penemuan ini dan fosil ini perlu dikaji menjalani kajian saintifik secara arkeologi kerana kesemua maklumat penting untuk dokumentasi dan perancangan kerajaan negeri pada masa hadapan,” katanya.

Tambahnya gua tersebut merupakan salah satu daripada 18 lokasi Geopark negeri yang masih dalam kajian terperinci daripada sudut arkeologi.

Pensyarah Geologi, Universiti Malaya (UM), Dr Ros Fatihah Muhammad yang mengetuai proses pementaan turut dibantu oleh pakar daripada Universiti Teknologi Nanyang,Universiti Nasional Taiwan dan Universiti Singapura bagi mengenalpasti usia gua tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");