Perak Hari Ini

Tersadai Selepas Isi Minyak: PETRONAS Mohon Maaf

KUALA LUMPUR: Sejumlah 20 buah kenderaan tersadai di tepi Lebuhraya Sungai Besi, Serdang sejak 7 pagi hari ini selepas mengisi minyak di stesen minyak Petronas Solaris.

Kejadian itu menjadi tular di laman sosial apabila ramai netizen berkongsi gambar puluhan kenderaan yang rosak, dan tersadai di pinggir jalan.

Dalam satu kenyataan, Petronas Dagangan Berhad (PDB) memohon maaf atas perkara itu dan telah menghubungi semua pemilik kenderaan yang terjejas.

Petronas akan mengambil langkah seterusnya termasuk memberi pampasan yang setimpal kepada mangsa.

Dalam kenyataan yang sama, pihak petronas telah memastikan bahawa tiada stesyen lain turut terjejas.

Siasatan awal mendapati terdapat isu pengendalian minyak dipercayai membabitkan tangki minyak bawah tanah di stesen terbabit.

Petronas Solaris ditutup serta merta untuk memastikan siasatan lengkap dijalankan pihak pengurusan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");