Jenayah

Terus Guna Beberapa Akta Selagi Tak Mansuh – KPN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus menguatkuasakan peruntukan undang-undang mengikut beberapa akta yang kini dalam moratorium (penggantungan), selagi ia belum dimansuhkan.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata sehingga kini pihaknya sudah mengambil tindakan terhadap beberapa individu di bawah Akta Hasutan 1948.

“Kita akan kuatkuasakan (akta berkenaan) kerana undang-undang itu belum dimansuhkan lagi, masih ada. Itu keputusan yang dibuat oleh kerajaan termasuk Akta Hasutan.

“Kami sudah mengambil tindakan terhadap beberapa individu di bawah Akta Hasutan,” katanya ketika sidang media di Maktab PDRM, dekat Cheras, di sini, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata demikian ketika mengulas pandangannya berhubung kelonggaran kerajaan terhadap beberapa akta bagi memberi peluang untuk siasatan kes insiden di Kuil Maha Mariamman, dekat Usj 25, Subang Jaya, yang statusnya kini tergantung.

Kerajaan semalam mengumumkan akan mengguna pakai beberapa akta yang kini dalam moratorium (penggantungan), jika ada kesalahan mempunyai unsur ancaman kepada keselamatan negara, orang awam dan mencetuskan ketegangan kaum.

Akta dalam moratorium ketika ini, antaranya Akta Hasutan 1948, Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 (Akta 747); Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan Akta Pencegahan jenayah 1959 (POCA).

Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kini sedang menjalankan siasatan berhubung Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017 yang menyalahgunakan wang pendeposit.

“Siasatan sedang dijalankan JSJK. Ia masih berjalan,” katanya.

Jumaat lalu, TH membuat dua laporan polis terhadap Abdul Azeez, dua bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta pengurusan kanannya berkaitan Program YTH 2017 apabila dana sejumlah RM22 juta dikeluarkan untuk aktiviti yang didakwa mempunyai kecenderungan politik.

Laporan polis kedua dibuat terhadap Ismee, Hazlinda dan Rifina berhubung salah nyata dan didakwa menyembunyikan maklumat penting membabitkan penjualan saham TH pada 2012.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");