Perak Hari Ini

UTP Bantu Persiapan Sekolah 744 Murid

IPOH:Seramai 7,44 murid kurang bernasib baik di daerah ini, mampu tersenyum lebar apabila persiapan mereka untuk sesi persekolahan 2018 dibantu Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Naib Canselor UTP, Profesor Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata program ini adalah hasil sumbangan diterima daripada kakitangan UTP dan PETRONAS yang disalurkan menerusi Kempen Menggapai Impian Yayasan Universiti Teknologi Petronas (YUTP).

“Program ini adalah acara kebiasaan saban tahun dilaksanakan oleh pihak UTP, sebagai satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan tidak berkemampuan termasuk rumah anak-anak yatim daripada Perak Tengah hingga ke Ipoh.

“Tahun ini kami memberikan beg sekolah dan baucer bagi anak-anak ini membeli peralatan persekolahan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 44 anak-anak yatim di Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam Ipoh hari ini.

Katanya program tersebut sebagai satu sumbangan pihak UTP kepada golongan yang kurang berkemampuan termasuk kakitangan universiti sendiri.

“Bantuan tidak hanya kepada satu kaum tetapi berbilang kaum, semalam kami telah menyampaikan sumbangan kepada 30 anak-anak di Pertubuhan Pengurusan Anak Yatim dan Miskin Anning,” katanya.

Tambahnya lagi, sumbangan kali ini diagihkan kepada 744 kanak-kanak yang kurang bernasib baik melibatkan 35 rumah yatim, tempat perlindungan dan sekolah di Batu Gajah, Ipoh, Sungai Siput dan Perak Tengah serta kakitangan keselamatan UTP.

“Agihan telah bermula sejak November lalu dan 100 pelajar dari 10 sekolah di daerah Perak Tengah telah menerimanya sumbangan,” katanya.

Sejak dilancarkan pada tahun 2007, lebih daripada 1,500 pelajar dari rumah asuhan, rumah kebajikan, tempat perlindungan dan sekolah telah mendapat manfaat daripada program Menggapai Impian.

Sementara itu Pengurus Asrama Darussalam, Norizan Razali menyifatkan sumbangan kali ini cukup membantu pihak pengurusan mempersiapkan kelengkapan anak-anak yatim untuk sesi persekolahan tahun hadapan.

“Kami sangat gembira masih ada pihak seperti UTP tampil membantu yang pastinya mengurangkan beban kami menyiapkan kelengkapan persekolahan sejumlah 45 orang anak-anak yatim di asrama Darussalam,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");