Berita Hari Ini

Ada ‘Tangan Ghaib’ Di DBKL Sebelum Ini – Khalid

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mendakwa terdapat ‘tangan ghaib’ di dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Beliau menjelaskan budaya gangguan itu melibat orang luar yang masuk membuat kacau di dalam agensi tersebut.

Menurutnya, hanya individu terbabit yang tahu siapa ‘tangan ghaib’ berkenaan.

“Tangan saya, Datuk Bandar adalah tangan nyata tapi ada ‘tangan ghaib’ sebelum ini dari luar yang masuk campur dalam DBKL.

“Tangan ghaib itu, kalau orang itu tahu, tahulah,” katanya pada sidang media mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa di atas tanah kerajaan di DBKL di sini hari ini.

Khalid sebelum itu memberi bayangan kes yang berlaku di Medan Imbi itu melibatkan campur tangan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Jelas beliau, ini kerana Ahli Parlimen Putrajaya telah meminitkan mesyuarat projek itu kepada pegawai DBKL dengan arahan ‘you sila urus segera’.

“Isunya sekarang bagaimana kebenaran merancang dikeluarkan kepada syarikat dalam keadaan tanah milik syarikat dan pihak pengeluar.

“Bagaimana pindaan kebenaran merancang dikeluarkan daripada cadangan membina dua bangunan dua tingkat kepada empat tingkat dan seterusnya enam tingkat?

“Bagaimana syarikat boleh menduduki tanah bukan mereka dan bagaimana syarikat boleh mengutip hasil tanah yang bukan milik mereka?,” soalnya.

Khalid memberitahu mesyuarat hari ini telah membuat keputusan untuk menunggu maklum balas daripada syarikat tersebut kepada DBKL sebagai jalan penyelesaian.

“Jika tiada maklum balas, pilihan pertama adalah syarikat membeli tanah mengikut nilai semasa termasuk premium dan denda.

“Pada masa sama, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di kewujudan bangunan misteri ini agar semua yang terlibat disiasat.

“Ini kerana terdapat elemen salah guna kuasa dan penyelewengan di DBKL dan kementerian sebelum ini,” katanya.

Bangunan dua tingkat di Medan Imbi siap dibina pada Februari lalu dengan keluasan tanah 9,000 kaki persegi dengan nilai pasaran RM22 juta.

Tanah tersebut adalah milik Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang sebelum ini pernah menolak permohonan syarikat terbabit

Dua bangunan itu kini beroperasi sebagai pejabat dan medan selera telah mendapat notis pengosongan daripada PTG pada 10 Januari lalu. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");