Berita Hari Ini

Musa: Saya Dianggap Bersalah Sebelum Dibuktikan

Bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman berkata mahkamah seolah-olah menganggapnya bersalah sebelum dibuktikan sebaliknya apabila mengarahkan pasport antarabangsanya hari ini dipulangkan.

Musa berkata, ini menyebabkan hak beliau untuk mendapat rawatan di luar negara dinafikan.

Dalam satu kenyataan, Musa berkata perintah itu bukan sahaja bercanggah prinsip keadilan, malah terhadap hak asasi manusia.

Musa perintah arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal hari ini supaya beliau mengembalikan pasport antarabangsanya, selepas pihak pendakwaan membuat permohonan semakan semula.

Mahkamah Sesyen minggu lepas membenarkan pasport Musa dikeluarkan untuk membolehkan beliau mendapat rawatan di luar negara.

Musa berkata, walaupun kecewa dan tidak bersetuju dengan arahan mahkamah hari ini, beliau bagaimanapun menghormati keputusan tersebut.

“Saya merasakan bahawa saya telah dianggap bersalah sehingga terbukti sebaliknya.

“Rawatan saya bermula di UK tahun lepas sebagai lanjutan kepada rawatan dengan doktor pilihan saya di Singapura yang telah merawat saya selama lebih 22 tahun.

“Ini dibenarkan oleh hakim Mahkamah Sesyen sebelum ini, yang memahami permintaan baik saya tetapi malangnya dalam semakan, Hakim Mahkamah Tinggi menolaknya. Pastinya ini tidak sepatutnya dan tidak boleh menjadi keputusan yang tepat,” katanya.

Katanya, alasan bahawa beliau akan melarikan diri daripada 35 tuduhan dihadapinya juga tidak timbul kerana beliau kembali ke Malaysia pada Ogos tahun lalu meskipun dilarang oleh doktor untuk berbuat demikian.

“Setakat ini, saya telah memberikan kerjasama penuh, dan memaklumkan kepada pihak berkuasa, termasuk SPRM, walaupun saya berada di luar negara untuk mendapatkan rawatan perubatan dan pulang ke negara ini,” katanya.

Pada 5 Nov, 2018, Musa menghadapi perbicaraan terhadap 35 tuduhan rasuah melibatkan AS $ 63.3 juta (RM263 juta) berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.

Beliau dibenarkan diikat jamin sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");