Membawang Hari Ini

‘Ada Yang Nak Tampar Saya…’

“BUKAN saja kecaman, ada netizen yang mahu menampar muka saya bila bertemu di luar kerana marah dengan watak Nadine yang dilakonkan itu.

“Saya tidak takut dengan kata-katanya itu kerana menganggapnya sekadar gurauan dan impak dari karakter dilakonkan,” kata pelakon jelita Sarah Hildebrand, 29, ketika mengulas watak Nadine lakonannya dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda yang trending sejak bersiaran di Slot Akasia TV3 ketika ini.

Menurut pelakon berdarah kacukan Melayu-Amerika Syarikat itu, dia juga tidak serik untuk melakonkan watak antagonis dalam drama selepas ini.

“Saya bersyukur kerana maklum balas sangat memberangsangkan dari penonton pada watak Nadine itu.

“Walaupun bertudung ia tidak membataskan saya untuk melakonkan watak antagonis seperti Nadine kerana sebagai pelakon kita kena serba boleh,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai perkembangan karier lakonan, kata Sarah yang turut bergelar pengacara, dia mengakui namanya kembali menyerlah selepas berlakon dalam drama Pujaan Hati Kanda itu.

“Terus terang, saya pernah kecewa dan mahu meninggalkan bidang lakonan sebelum ini.

“Maklumlah, saya sudah lima tahun berlakon tetapi nama kurang menyerlah dalam bidang lakonan.

“Selepas watak Nadine, barulah nama mula diperkatakan ramai dan orang nampak bakat sebenar dalam lakonan,” katanya.

Pada masa sama, kata Sarah, dia berharap dapat peluang untuk melakonkan watak lebih mencabar selepas ini.

“Bukan saja watak antagonis, saya mahu watak berat yang mampu mencabar kemampuan dalam lakonan,” katanya.

Drama bersiri Pujaan Hati Kanda menampilkan barisan pelakon seperti Remy Ishak, Mira Filzah, Syazwan Zulkifly, Azar Azmi dan ramai lagi.-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");