Jenayah

Anak Menteri Ditahan Positif Ganja

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang juga anak seorang menteri ditahan bersama 101 individu dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, awal pagi tadi.

Memetik laporan BH Online, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan dalam serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 3 pagi.

Difahamkan lelaki itu bersama rakannya berusia 33 tahun dipercayai sedang berhibur ketika operasi dijalankan.

Ujian saringan air kencing awal dilakukan terhadap lelaki itu kemudian mendapati dia positif dadah jenis ganja.

Sumber berkata, seramai 101 individu membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki diperiksa.

“Lelaki terbabit kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk pemeriksaan lanjut dan ujian saringan kedua dijalankan,” katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian juga sedang dijalankan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");