Membawang Hari Ini

Anak Tak Teruja Alicia Keys Jadi Hos Anugerah Grammy

PENYANYI Alicia Keys mengumumkan bakal bertindak sebagai hos Anugerah Grammy yang bakal berlangsung pada 10 Februari depan.

Daily Mail bagaimanapun melaporkan dua anak Alicia iaitu Egypt dan Genesis nampaknya tidak teruja dengan berita itu apabila penyanyi lagu If I Ain’t Got You tersebut memberitahu berita berkenaan kepada mereka.

Egypt turut bertanya kepada Alicia mengenai Grammy kerana tidak mengetahui tentang acara itu menerusi video dimuat naik di saluran Youtubenya.

“Grammy tu apa?” tanyanya sehinggakan Alicia dilihat termanggu kerana terkejut dengan soalan anaknya itu.

Alicia turut memberitahu berita gembira itu kepada ibunya dan suami penyanyi rap dan penerbit album, Swizz Beatz.

Anugerah Grammy tahun ini bakal memperlihatkan lima penyanyi wanita bakal merebut gelaran Album Terbaik menerusi Cardi B, Janelle Monae, Brandi Carlile dan Kacey Musgraves.

Calon lain termasuk Drake, Post Malone, Kendrick Lamar dan Dua Lipa memetik laporan Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");