Perak Hari Ini

Beri Kontrak Pada Yang Benar Layak- Bersatu Perak

IPOH:Bersatu Perak senada dengan kenyataan pimpinan pusat yang menolak pandang pemberian kontrak secara kronisme.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sebarang pemberian kontrak harus diputuskan oleh kerajaan kepada pihak yang benar-benar layak.

Bagaimanapun Ahmad Faizal sama sekali tidak mahu membidas kenyataan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman malah mengganggap ianya sebagai satu pandangan peribadi.

“Saya amat bersetuju sekiranya kontrak diberikan kepada mereka yang benar layak, kerajaan perlu putusakan kepada pihak yang benar boleh menjalankan kerja yang dimaksudkan adalah mengikut kelayakan mereka.

“Tindakan memberi kontrak kepada sesiapa sahaja sewenangnya ini adalah perkara yang kami tentang dan amat tidak wajar dilaksanakan jika perkara kami tentang selama ini digunakan,” katanya kepada media ketika ditemui pada program Jom Sihat bersama Ahli parlimen Tambun di Kampung Khantan Baru hari ini.

 

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands yang dijadualkan 26 Januari ini Pakatan Harapan (PH) katanya akan menghantar sebanyak mungkin jentera bagi memberi sokongan kepada calon yang bertanding mewakili parti itu.

Katanya sokongan sepenuhnya perlu diberikan agar calon PH akan menang bergaya pada PRK kali in.

“Kita akan berusaha bersungguh-sungguh dan menghantar seberapa banyak jentera jadi saya akan mengadakan mesyuarat denagn majlis PH Negeri Perak bagi berbicang untuk mengerakkan semua anggota parti komponen untuk membantu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");