Perak Hari Ini

Perak Akan Lancarkan Kempen Berhenti Merokok-MB Perak

IPOH:Kerajaan Negeri Perak bakal melancarkan kempen berhenti merokok secara meluas di seluruh negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata rancangan tersebut adalah seiring dengan usaha penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan yang telah dilancarkan pihak kementerian pada 1 Januari lalu.

Malah berikutan usaha tersebut beliau turut mencadangkan simbol berhenti merokok dipamerkan pada jersi pasukan bola sepak untuk musim ini.

“Kerajaan Perak akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggalakkan perokok untuk berhenti merokok.

“Saya sendiri perokok tegar selama puluhan tahun jika saya boleh lakukan semua orang juga boleh lakukan saya sendiri boleh rasakan saya kini lebih sihat cergas berfikir lebih baik,” katanya selepas merasmikan program Jom sihat bersama Ahli Parlimen Tambun di Kampung Khantan Baru hari ini.

Beliau dan isteri Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi turut mengambil peluang beramah mesra dengan penduduk meninjau kawasan perumahan sekitar Khantan Baru di sini.

Tambahnya lagi,langkah sesuai dan kempen perlu diperkenalkan agar tabiat merokok dikalangan masyarakat dapat dihapuskan.

“Saya sedang berusaha meletakkan lambang berhenti merokok di jersi bola sepak Perak jadi apabila pasukan akan bertanding di peringkat Asia mesej ini akan dilihat oleh semua bukan sahaja di negeri ini.

“Semua orang akan nampak Negeri Perak membawa mesej berhenti merokok,” katanya mengulas lanjut mengenai cadangan tersebut.

Katanya lagi kempen tersebut bakal dilancarkan dalam masa terdekat bersesuaian dengan pelancaran jersi Pasukan Perak dan pengenalan para pemain pada bulan ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");