Perak Hari Ini

Bilik Gerakan Penyelarasan Bantuan Mangsa Ribut Manjoi Dibuka

IPOH: Dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tengku Hussein, Manjoi, di sini, dijadikan sebagai bilik gerakan untuk menyelaraskan bantuan bagi mangsa ribut yang terjejas petang tadi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Faizal Azumu berkata pembukaan bilik gerakan tersebut akan diselaraskan Pejabat Daerah Kinta.

Ujarnya, perkara tersebut diputuskan menerusi satu mesyuarat penyelarasan bencana, di sini, yang dipengerusikan beliau sendiri.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, satu pusat pemindahan sementara telah dibuka di Manjoi dan ia melibatkan 43 orang mangsa yang merangkumi 12 keluarga.

Ekoran daripada itu, Ahmad Faizal turut menyeru mangsa-mangsa yang lain untuk mematuhi arahan pihak berkuasa, sekiranya meminta mereka untuk tinggal di pusat pemindahan sementara tersebut.

“Kerajaan negeri akan beri bantuan susulan. Segala keperluan asas untuk sementara ini telah pun disediakan.

“Kita juga dapati dalam kejadian petang tadi, bukan sahaja daerah Kinta malah daerah Kerian, Bukit Merah dan juga di Hulu Perak.

“Malah, kawasan di Dewan Undangan Negeri, Sungai Manik, sebanyak 8 buah rumah telah terjejas akibat angin kencang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada taklimat penyelarasan bantuan mangsa ribut Gugusan Manjoi di Dewan KRT Kampung Tengku Hussein, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Asmuni Awi.

Dalam pada itu, ujar Ahmad Faizal, kerja-kerja pembaikan rumah yang terjejas akan disegerakan selepas audit kerosakan dibuat agensi berkaitan.

Jelasnya, beberapa pihak juga dilaporkan telah tampil menawarkan bantuan kepada mangsa terlibat.

Ekoran itu, beliau turut mengalu-alukan mana-mana pihak lain yang ingin menghulurkan bantuan yang sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");