Berita Hari Ini

ECRL: Kerajaan Tanggung Hutang Lebih Besar Berbanding Bayar Pampasan

PUTRAJAYA 29 Jan. – Jumlah hutang yang terpaksa kerajaan tanggung dalam tempoh 30 tahun akan datang lebih besar berbanding jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada kontraktor projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya projek itu diteruskan.

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kos pelaksanaan projek ECRL mungkin melebihi RM100 bilion dan ia membebankan kerajaan.

Sehubungan itu katanya, kerajaan terpaksa meneliti semula perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

“Kita bukan tidak mahu anugerahkan kontrak tetapi tak mampu bayar sebab kos projek mungkin melebihi RM100 bilion. Ini akan merosakkan kita.

“Kita memahami semua parti terlibat, kita bukan mahu membatalkan kontrak tetapi kita berdepan kekangan kewangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini lapor Utusan Online.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamad.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan akan memberikan penjelasan terperinci berhubung projek ECRL.

Beliau turut mengakui bahawa sebagai kerajaan baharu, terdapat menteri-menteri yang mengeluarkan kenyataan berbeza dalam perkara tersebut.

“Kita akan baiki kesilapan tersebut,” katanya.

Semalam, Dr. Mahathir meminta semua pihak menunggu kenyataan daripada Menteri Kewangan,Lim Guan Eng berhubung status projek ECRL sama ada ia diteruskan atau sebaliknya.

Status projek itu telah mengundang kekeliruan dalam kalangan banyak pihak apabila Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali mengeluarkan kenyataan bercanggah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");