Berita Hari Ini

Elemen Pendidikan Seks Perlu Ditambah Baik

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan tidak akan mewujudkan mata pelajaran baharu mengenai pendidikan seks, sebaliknya subjek sedia membabitkan perkara itu akan ditambah baik.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata pendidikan seks perlu ditambah baik dan dihebahkan dengan lebih meluas berikutan semakin ramai golongan muda terdedah dengan maklumat mengenai seks.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersetuju untuk bekerjasama dan mencari kaedah terbaik bagi mengatasi masalah hubungan seks dalam kalangan pelajar.

“Memandangkan anak muda semakin terdedah kepada maklumat mengenai seks, kedua-dua kementerian bersetuju untuk menghebahkan lagi mengenai pendidikan seks.

“Kedua-dua kementerian akan bertemu minggu depan untuk berbincang mengenai penambahbaikan subjek ini,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dilaporkan berkata, pihaknya dan Kementerian Pendidikan akan berbincang bagi mewujudkan mata pelajaran pendidikan seks.

Hannah berkata, berdasarkan rekod dan statistik, sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di kelas peralihan seluruh negara dikesan cergas dalam hubungan seks bebas.

Nie Ching berkata, elemen pendidikan seks ketika ini didedahkan kepada pelajar sekolah dalam buku teks mata pelajaran Pendidikan Kesihatan menerusi subjek Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");