Membawang Hari Ini

Fazura Lega Suami ‘Luluskan’…

AKTRES, pengacara dan penyanyi Fazura lega apabila suaminya Fattah Amin ‘meluluskan’ lirik serta video klip single terbarunya berjudul Can’t Forget Me yang bakal dilancarkan minggu depan.

Fazura, 35, mengakui dia awalnya risau juga jika Fattah tidak berkenan dengan aksinya dalam video klip arahan Fabian Joseph itu.

“Sewaktu menunjukkan hasil akhir video klip itu kepadanya, saya risau juga kalau dia kurang senang dengan babak saya berbaring dan aksi seksi. Bagaimanapun, sebaliknya dia ‘luluskan’ dan memuji hasilnya ‘meletup’.

“Dia juga faham dengan bait lirik yang mungkin sensitif untuk sesetengah orang namun sebenarnya membawa terjemahan positif selepas saya jelaskan kepadanya,” katanya.

Fazura turut mendedahkan dia berhadapan cabaran getir apabila kakinya terseliuh akibat terhentak kuat sewaktu melakukan penggambaran video klip single itu.

Menurutnya, insiden berkenaan menyebabkan pergerakannya terbatas untuk menyempurnakan video klip itu dan kesakitannya masih dirasai sehingga sekarang.

“Hentakan pada bahagian tulang keting kaki itu berlaku pada babak pertama membuatkan semua orang panik jika saya tidak dapat meneruskan penggambaran.

“Itulah pergerakan saya agak terbatas sedikit dalam video itu. Sebulan juga kaki saya kembali pulih dan sekarang masih ada sedikit rasa kesakitan,” katanya ditemui sewaktu pra tonton video klip terbabit.

Lagu Can’t Forget Me adalah hasil ciptaan komposer dari Los Angeles, California, Amerika Syarikat iaitu Will Beaman dan Cameron Forbes.

Lagu terbabit serta video klipnya bakal dilancarkan pada 18 Januari nanti di pelbagai platform muzik termasuklah iTunes, Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX dan KKBOX lapor Harian Metro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");