Perak Hari Ini

Harga Kupon Meletak Kenderaan Diseragamkan

IPOH- Harga kupon meletak kenderaan bakal diseragamkan diseluruh negeri Perak bermula pada pertengahan bulan Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Yong Choo Kiong berkata kerajaan negeri perlu membawa usul tersebut ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk mendapatkan kelulusan.

“Kita akan mewartakan harga tersebut dan baru boleh diseragamkan kerana harga agak tidak teratur.

“Sebagai contoh, Majlis Daerah Batu Gajah menjual dengan harga RM0.60 satu jam tetapi di Majlis Daerah Manjung pula dijual pada harga RM0.40 satu jam,”katanya dalam sidang media semasa Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Kampung Baharu Di Bagunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, harga tersebut lebih berpatutan jika dibandingkan dengan negeri lain, kebanyakkannya menjual kupon meletak kenderaan sebanyak RM0.80 satu jam.

Dalam pada itu, Choo Kiong turut mengulas mengenai aplikasi Park@Perak telah mula dilancarkan pada 1 januari lalu dan boleh dimuat turun di Google Play Store, manakala bagi sistem ios akan dapat gunakan bermula pada 20 Januari ini dan boleh dimuat turut di Apple Apps Store.

Selain itu kata Choo Kiong, penyeragam ini adalah untuk waktu peralihan dan semua orang digalakkan mengguna aplikasi tersebut disamping penetapan penyeragaman harga menerusi aplikasi e-parking terbabit.

Tambahan itu katanya lagi, jika terdapat kupon meletak kenderaan yang telah dijual, tempoh masa akan diberikan selama tiga bulan iaitu sehingga penghujung Mac 2019 untuk digunakan.

“Kesemua Majlis Daerah diberikan masa sehingga penghujung bulan Mac untuk menjual kupon yang telah dicetak dan kesemua kupon ini boleh digunakan diseluruh negeri Perak,”katanya.

Terdahulu, Yong Choo Kiong telah merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Kampung Baharu dan menyerahkan watikah pelantikan kepada 91 orang Ketua Kampung.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");