Membawang Hari Ini

Kenapa ‘Janda Anak Enam’ Tak Boleh? – Amelina

PENYANYI dangdut, Amelina, 44, yang baru muncul dengan single terbaru berjudul Janda Anak Enam, mengakui tidak kisah dengan sindiran warganet mengenai judul lagu itu.

Menurutnya, ada yang mendakwa perkataan janda tidak sesuai kerana terlalu kasar dan mencadangkan ia ditukar kepada perkataan ibu tunggal.

“Biasalah kebanyakan yang komen itu adalah budak-budak yang tidak tahu apa-apa, dengki dan hanya tahu nak cari salah orang saja.

“Lagu Perawan atau Janda boleh saja diterima pendengar, kenapa Janda Anak Enam pula tidak boleh terima?” katanya.

Amelina berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran kelab peminat Amelina Soul yang bertemakan Bollywood Glam di Bukit Raja, Shah Alam, malam tadi, lapor Harian Metro.

Penyanyi itu berpendapat, perkataan janda itu hanya di dalam lagu saja dan jika digantikan dengan perkataan ibu tunggal, bunyinya tidak ‘sedap’.

Katanya, lagu berkenaan hanya mewakili kisah hidupnya yang juga mewakili ibu tunggal lain di luar sana.

Dalam pada itu, Amelina mengakui kehadiran 132 peminat pada acara itu ibarat kejayaan besar buatnya sejak kembali menyanyi selepas hampir 15 tahun mendiamkan diri.

Katanya, sejak kelab peminat diwujudkan secara tidak rasmi selepas menyertai Gegar Vaganza tahun lalu dan promosi untuk acara ini diadakan awal Januari, lebih 200 peminat menunjukkan minat untuk hadir.

“Tapi, pengurusan kelab peminat terpaksa hadkan kehadiran kerana tidak yakin dapat melayan seramai itu pada waktu sama.

“Bila tidak ramai, bolehlah saya layan semua peminat yang hadir sama adil,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");