Berita Hari Ini

KPM Sedia Talian Bantuan Pertanyaan Sesi Persekolahan 2019

PUTRAJAYA : Orang ramai termasuk ibu bapa boleh menghubungi nombor talian khidmat bantuan pertanyaan bagi mendapatkan penjelasan atau maklumat mengenai perkara-perkara tertentu berkaitan sesi persekolahan 2019.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka juga boleh menggunakan talian nombor itu untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan isu-isu seperti pemansuhan peperiksaan tahap satu, buku teks, bantuan awal persekolahan dan pendaftaran sekolah bagi kanak-kanak warga tempatan tanpa dokumen.

“Khidmat nombor talian ini akan beroperasi bermula esok (2 Januari) dan pada waktu pejabat,” kata kenyataan itu di sini hari ini, lapor Utusan Online.

Nombor telefon berikut adalah Perlis (049737693), Kedah (047404000), Pulau Pinang (046521012), Perak (055015109), Selangor (0355108711), Kuala Lumpur (0362046145) dan Putrajaya (0388890000).

Selain itu, Negeri Sembilan (067653192), Melaka (062325542), Johor (072310000), Pahang (095715741), Kelantan (097418082), Terengganu (096213003), Sabah (088537111), Sarawak (082473712) dan Labuan (087583360).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");