Panasnya Hari Ini

PAS Tolak Wakil DAP Dalam Yadim Akibat Pengaruh Umno – Steven Sim

KUALA LUMPUR ? Bantahan PAS terhadap wakil DAP beragama Islam yang menyertai lembaga pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akibat terpengaruh dengan Umno, kata timbalan menteri.

Memetik laporan ProjekMM, Steven Sim menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa Sheikh Omar Ali mewakili DAP yang “mempertahankan sekular dan menentang Islam” sebagai menghukum.

“Amar dan PAS ternyata tidak lagi peduli dengan fakta dan lebih selesa mengadaptasi skrip rakan politik baharunya Umno untuk memomokkan semua pihak yang tidak bersama mereka sebagai anti-Islam …,” kata timbalan menteri belia dan sukan.

Tambahnya, DAP berkali-kali menegaskan Islam agama rasmi Malaysia termasuk dalam Deklarasi Shah Alam 2012 yang disokong PAS ketika kedua-duanya dalam Pakatan Rakyat.

Namun bekas senator Mohamad Ezam Mohd Nor dalam Twitter semalam pula menggesa pelantikan tersebut diperbetulkan segera kerana “Yadim adalah badan agama, bukan badan politik”.

“Kehadiran satu dua orang politik perlu untuk input dan tindakan dari sudut politik. Bukan hampir semua ahlinya terdiri orang politik. Tidak wajar dan perlu pembetulan segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang ahli parlimen PAS juga menggesa kerajaan Pakatan Harapan agar tidak mengizinkan DAP untuk “campur tangan dalam urusan Islam” termasuk pelantikan exco Johor itu.

“DAP dilihat secara berterusan cuba menghalang usaha memperkasakan institusi mahkamah syariah dengan pelbagai alasan,” kata Ahmad Amzad Hashim seperti dilapor Sinar Harian hari ini.

“Ingat, 63 peratus rakyat Malaysia adalah umat Islam yang ada had kesabarannya dan tidak teragak-agak mempertahankan Islam jika terus diganggu.”

Namun setiausaha agung DAP Lim Guan Eng semalam mempersoal mengapa wakil rakyat Sheikh Omar, wakil rakyat Paloh, tidak boleh dilantik sedangkan beliau graduan agama yang menjadi exco Johor.

“Jika dia boleh dilantik sebagai exco yang diperkenan oleh sultan Johor, kenapa tidak boleh dilantik sebagai ahli lembaga pemegang amanah mana-mana pertubuhan Islam.

“Saya lihat ini hanyalah semata mata serangan politik. Saya rasa tidak payah buang masa layan pandangan sebegini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");