Berita Hari Ini

PH Dalam Bahaya, Amaran Kadir Jasin Kepada Menteri Tak Mesra Rakyat

PETALING JAYA: Datuk A Kadir Jasin menegur prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengecewakan sejak menganbil alih kuasa Mei lalu.

Beliau mendakwa menteri-menteri dan pembantu mereka tidak mesra rakyat dan tidak memenuhi harapan penyokong mereka.

Penasihat khas kepada perdana menteri mengenai media dan komunikasi itu berkata gabungan tersebut kini jelas dalam bahaya susulan tamparan yang dialami dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands 26 Januari lalu.

“Maka berwaspadalah. Kalau rakyat boleh mengundi PH, mereka juga boleh menolak PH,” katanya dalam blognya hari ini.

Katanya, menteri-menteri PH sudah menjadi “tidak mesra” dengan rakyat, sementara pembantu-pembantu mereka tidak cekap, bersikap birokratik dan menjauhi rakyat.

“Aduan seperti biasa. Menteri, timbalan menteri dan pembantu politik mereka tidak lagi mesra dan tidak serajin seperti ketika mereka dalam pembangkang,” katanya.

Ahli majlis kerja tertinggi PPBM itu berkata harga barang dan perkhidmatan, pengangguran dan rumah mampu milik terus menjadi isu besar dalam kalangan rakyat walaupun sudah hampir setahun Barisan Nasional (BN) hilang kuasa.

Kadir menegaskan, sudah tiba masanya bagi menteri-menteri menjadikan kekalahan di Cameron Highlands sebagai pengajaran atau bersedia berhadapan seruan meminta mereka disingkir.

“Selepas satu demi satu janji dimungkiri, rakyat tidak akan terima lagi alasan ‘akan kaji’ dan menyalahkan kerajaan sebelum ini,” katanya.

Katanya, beberapa menteri sudah tidak menjalin hubungan baik dengan rakyat biasa.

“Masa kempen di Cameron Highlands saya nampak menteri-menteri dan timbalan mereka berkumpul di meja-meja VIP, bukan bergaul dengan rakyat,” katanya.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");