Berita Hari Ini

Surat Minta RM50,000 Untuk ‘Tutup Kes’ Bukan Dari SPRM

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan ia mengeluarkan surat kepada orang ramai memaklumkan penerima surat terlibat dalam kes rasuah dan menawarkan pilihan untuk menutup kes dengan bayaran RM50,000.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata SPRM tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi surat bagi menutup sebarang kes.

“SPRM menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan surat palsu tersebut sejak kebelakangan ini.

“Orang ramai yang menerima sebarang surat yang meragukan dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat,” katanya.

SPRM berharap orang ramai lebih peka dan berkongsi maklumat ini bersama masyarakat sekeliling.

Azam merujuk kepada surat yang tidak disertakan nama mana-mana pegawai, cuma jawatan dan nama badan anti-rasuah itu.

Surat tersebut memaklumkan penerima surat bahawa satu kertas siasatan telah dibuka terhadapnya.

Ia juga memaklumkan, daripada “hasil siasatan” dan “bukti”, penerima surat akan ditahan dan didakwa di bawah Skesyen 16 Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan meminta, menerima atau bersetuju menerima suapan, serta memberi, menjanjikan atau menawarkan suapan.

“Oleh itu, saya ingin menawarkan kepada Datuk untuk menutup kertas siasatan dan menghapuskan bukti,” kata salah satu surat itu.

Surat lain pula merujuk kepada penerima sebagai “tuan” atau “puan”.

“Sekiranya Datuk berminat, sila buat pembayaran sebanyak RM50,000 ke akaun bitcoin seperti di bawah dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat ini.”

Surat tersebut menyertai kod QR dan alamat Bitcoin untuk tujuan penghantaran wang.

SPRM terdekat boleh dihubungi di talian 1-800-88-6000, dan alamat pejabat terdekat boleh dilihat di laman www.sprm.gov.my.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");