Perak Hari Ini

PORT Terima 200 Gambar Penyertaan Pertandingan Ipoh Mobile Photography

IPOH: Koloni Karyawan Aman Jaya (PORT) meraikan 15 pemenang bagi pertandingan Ipoh Mobile Photography, di sini, hari ini.

Pengurus Besar PORT, Zamari Muhyi berkata, pertandingan yang memasuki edisi ketiga itu menjadikan kuih-kuih tempatan sebagai subjek atau tema penyertaan.

Katanya, pertandingan yang bermula pada 15 Disember tahun lalu dan berakhir pada 15 Januari 2019 itu menerima hampir 200 gambar daripada 55 peserta.

“Penyertaan amat menggalakkan malah ia disertai daripada pelbagai latar belakang kaum dan lapisan masyarakat.

“Pemilihan kuih tempatan sebagai tema adalah kerana kita mahu menonjolkan kuih-muih tradisional kita kepada umum.

“Ia juga sebahagian daripada rancangan kita untuk merakamkan sebuah lagu tradisional tentang kuih-muih khususnya yang terdapat di Perak,” katanya.

edf

Selain itu, beliau juga tidak menolak bahawa pertandingan ini merupakan usaha dalam menggalakkan pembudayaan seni kepada masyarakat khususnya seni fotografi menerusi telefon pintar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program penyampaian hadiah bagi peserta-peserta Pertandingan Ipoh Mobile Photography Edisi Ketiga, di perkarangan bangunan PORT, dekat sini, hari ini.

Gambar yang menjadikan kuih bahulu sebagai subjek telah berjaya mengangkat Muhammad Syafiq Zainal sebagai juara serta membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500.

Nooreman Noor Faadi yang berada di tempat kedua membawa pulang RM300 dan pemenang di tempat ketiga Norazwani Ibrahim pula membawa pulang hadiah wang tunai RM200.

Acara penyampaian hadiah disempurnakan Pengurus PORT, Syed Zarul Hisham Syed Khairuddin dan Zamari.

Pada perkembangan sama, Zamari berkata, dalam sesi pertemuanya bersama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu baru-baru ini, katanya kerajaan negeri amat menyokong penuh usaha PORT malah turut menggalakkan badan tersebut untuk terus memperbanyakkan program pada sepanjang tahun ini.

Jelasnya, Menteri Besar menzahirkan harapan agar PORT dapat terus mencungkil lebih banyak bakat seni khususnya dalam kalangan Anak Perak.

“Menteri Besar mahu PORT terus menganjurkan program-program seperti ini yang agak santai. Beliau mahu kita adakan dua ke tiga kali program pada setiap bulan.

“Kita juga akan mengadakan lebih banyak acara pada tahun ini yang mana ia akan berlangsung di Kompleks Silveritage di Medan Gopeng dan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");