Membawang Hari Ini

“Sudah-sudahlah Dengan Kontroversi, Fathia”

KUALA LUMPUR: Penerbit drama terkenal, Fadzil Teh berharap, kepercayaan yang diberikan untuk melihat pelakon kontroversi, Fathia Latiff kembali buktikan bakat tidak disia-siakan.

Mengakui pelakon itu mempunyai pakej dan bakat tersendiri, Fadzil menerusi produksinya, Zeel Production menawarkan peluang kepada Fathia membintangi telefilem terbaru, Kipas Belum Mati.

“Setiap manusia tidak pernah lari daripada berbuat silap dan mereka berhak diberi peluang memperbetulkannya.

“Saya harap dia tidak mempersiakan kepercayaan dan peluang ini. Saya yakin, ramai yang sayang Fathia kerana dia berbakat besar.

“Saya tidak serik memberinya peluang dan berharap dia ambil peluang ini untuk tebus semula kesilapan lalu,” katanya, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Fadzil juga berharap, Fathia tidak lagi membiarkan dirinya hanyut dengan kontroversi dan menjadikan kedatangan 2019 sebagai titik permulaan untuk dia memajukan diri.

“Sudah-sudahlah dengan kontroversi. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lupakan apa yang berlaku dan kita buka buku baharu,” katanya.

Akur industri hiburan tempatan tidak besar, Fadzil juga berharap, penerbit dan stesen televisyen membuka ruang kepada penggiat yang ingin berubah.

Menerusi telefilem arahan Azmi Hatta itu, Fathia membawakan watak sebagai Mya Zaryn, artis yang lupa diri apabila namanya mendaki puncak.

“Apa yang dipaparkan menerusi telefilem ini adalah perkara lumrah yang berlaku dalam industri hiburan. Tidak semua anak seni mampu menangani sanjungan dan itu yang membuatkan langkah mereka tersasar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");