Perak Hari Ini

Exco Perak Kongsi Harapan Tahun Baru 2019

IPOH:Iklim dan perkembangan negara terutama dari sudut politik pastinya bakal berubah dari semasa ke semasa dibawah pentadbiran baru Pakatan Harapan kini.

Paling penting dan menarik bagi rakyat dan masyarakat kini adalah apakah citra yang akan dilakar oleh kerajaan baharu Pakatan Rakyat untuk menggambarkan cara gaya pentadbiran baharu dalam menerajui negeri ini.

Malah kemunculan tahun baru 2019 hari ini membawa seribu satu harapan baru buat rakyat yang mengharapkan dimensi kehidupan lebih baik.

Berikut merupakan antara perkongsian ringkas harapan barisan pemimpin utama negeri yang mengalas tugas sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dalam setiap portfolio masing-masing.

Bagi Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan,Tan Kar Hing ucapan terima kasih disampaikannya kepada kepada seluruh kakitangan awam, pejawat awam kerana telah memberi tunjuk ajar dan masa diberikan kepada pihak kerajaan Pakatan Harapan yang baru bagi mengalas tugas selaku exco bagi porfolio pelancongan negeri.

Katanya selaku exco, beliau telah melakarkan pelabagi program tahun hadapan kebajikan rakyat dan ekonomi negeri perak

“Saya percaya 2019 merupakan satu tahun yang penuh dengan harapan,” katanya menerusi satu video bertajuk harapan baru 2019.

Manakala bagi Exco Pembangunan Sahsiah, Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat,Wong May Ing tema untuk tahun ini adalah pembangunan dan kesedaran masyarakat terhadap golongan rentan seperti wanita, warga emas oku dan kanak-kanak dan golongan berpendapatan rendah adalah satu tema yang sangat bersesuaian.

“Saya berharap masyarakat tidak mengabaikan golongan ini dan bersama-sama membantu mereka melalui pelbagai aspek supaya mereka dapat menajalani kehidupan yang selesa,” katanya.

Sementara itu tidak ketinggalan Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia,A Sivanesan meminta agar warga Perak supaya tampil kehadapan mengambil bahagian dalam menderma darah dan juga organ bagi membantu golongan yang memerlukan.

Bagi Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan,Abdul Yunus Jamhari pula berharap agar rakyat negeri Perak akan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan baru pakatan harapan yang telah dibentuk sekitar 6 bulan lalu.

“Saya harapkan teknologi dan inovasi baru dalam sektor pertanian akan memberikan inspirasi kepada golongan muda khususnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");