Perak Hari Ini

Terus Fokus Ambil Tindakan Terhadap Peneroka Haram

IPOH:Kerajaan Negeri Perak yang diterajui Pakatan Harapan kini akan terus fokus membanteras kes melibatkan peneroka tanah secara haram yang ‘degil’ untuk tidak terus meneroka hasil negeri dan tanah sewenang-wenangnya.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata setakat ini sebanyak 12 kes telah disenarai untuk diambil tindakan termasuk penguatkuasaan undang-undang.

“Kita telah mengenal pasti 12 kes telah yang telah diputuskan untuk tindakan kebanyakkan keputusan adalah dengan menguatkuasa serta mencari jalan bagi rampas semula tanah.

“Mereka sangat degil, media juga diminta membantu memaklumkan kepada rakyat untuk memahami bahawa tindakan kerajaan  kini adalah untuk kepentingan rakyat mereka (peneroka haram) telah mengusahakan tanah-tanah  kerajaan dalam jangka masa yang panjang tanpa membawa pulangan hasil pada negeri saya kecewa sebelum ini tiada tindakan dibuat,” katanya ketika diminta mengulas pembongkaran terdapatnya peneroka tanah secara haram di negeri ini yang hidup mewah di luar negara menerusi hasil pertanian berskala besar di kawasan yang diteroka mereka.

Beliau terdahulu ditemui pada program Ipoh Car Free Day anjuran anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Gabungan-Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Perak.

Tegasnya, Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk mengembalikan hak kepada rakyat berikutan tanah tersebut perlu diusahakan secara sah.

“Kerajaan Negeri boleh gunakan tanah itu sebaagai ladang rakyat yang pastinya akan memberi keuntungan kepada rakyat juga beri hasil kepada negeri untuk digunakan dalam memberi perkhidmatan pada rakyat.

“Kita akan terus memperhalusi setiap satu kes mungkin ada di sesuatu kawasan mereka menggunakan kumpulan untuk mengganggu penjawat awam jadi kita juga mesti bekerjasama dengan Polis serta badan lain untuk satu jangka masa yang panjang,” katanya.

Katanya lagi, terdapat kes yang akan dibawa ke perhatian mahkamah malah pihak  peneroka sendiri turut bertindak menyaman pihak kerajaan.

“Mereka rasakan setelah mereka menduduki satu tanah kerjaan dalam tempoh masa yang lama jadi mereka merasakan itu hak mereka  tetapi sebenarnya tidak.

“Tindakan itu adalah merampas hak rakyat dan Kerajaan Pakatan Harapan akan cuba berusaha mengatasinya supaya pelabur asing tidak sukar untuk datang ke negeri ini malah kita juga mahu wujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat kerana masalah ini ianya menjadi sukar,” katanya.

Katanya Jawatankuasa Khas Penyelesaian Setinggan dan Usaha Haram Negeri Perak yang ditubuhkan akan bermesyuarat setiap tiga bulan bagi memperhalusi tindakan sesuai terhadap setiap kes tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");