Jenayah

Tokan Tak Sempat Cabut Lari…

TINDAKAN lelaki yang dipercayai tokan dadah dengan menjadikan kawasan hadapan kebun getah sebagai ‘port’ pengedaran dadah gagal mengaburi pihak polis apabila dia ditahan dalam serbuan, awal pagi hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, serbuan pada 12 tengah malam dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di Kampung Padang Gaong, Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika serbuan, suspek, 21, berada di hadapan kebun getah terbabit dipercayai sedang menunggu pelanggan.

“Ketika anggota polis memperkenalkan diri, suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan.

“Pemeriksaan pada badan suspek menemui sebuah beg galas mengandungi satu peket plastik lutsinar mengandungi dadah heroin seberat 60.65 gram,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, suspek turut memiliki rekod jenayah berkaitan dadah kemudian dibawa ke IPD Langkawi untuk siasatan lanjut

“Suspek bekerja sebagai pendawai elektrik dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis jenis morfin,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");