Berita Hari Ini

Adun DAP Cadang Pengharaman Bunga Api Ditarik Balik

Meskipun sudah diharamkan, letupan dan cahaya bunga api masih dapat dilihat serta didengar pada musim perayaan.

Menjelang Tahun Baru Cina yang akan disambut Selasa ini, Anggota Dewan Undangan Negeri Bercham Ong Boon Piow mencadangkan agar pengharaman bunga api ditarik balik bagi “menamatkan penyeludupan bunga api”.

Dalam kenyataan hari ini, Ong berkata langkah itu juga dapat memeriahkan lagi suasana perayaan, dengan syarat penggunaan bunga api dipantau pihak berkuasa.

“Selain memeriahkan Tahun Baru Cina, dengan menarik balik larangan itu dapat meningkatkan pendapatan negara dan peniaga.

“Larangan itu dikenakan susulan insiden 20 tahun lalu. Kebanyakan bunga api yang digunakan orang ramai merupakan produk seludup.

“Ini menyebabkan negara rugi hasil pendapatan dari cukai. Selain daripada itu, ia membuka ruang kepada pegawai penguatkuasaan menyalahgunakan kuasa,” katanya.

Ong, yang juga merupakan pembantu setiausaha DAP Perak turut mencadangkan agar pihak berkuasa menyenaraikan tempat dan masa penggunaan bunga api, selain menghukum pihak yang melanggar peraturan itu.

Untuk rekod, hanya dua jenis bunga api yang dikecualikan daripada larangan yang dikuatkuasakan pada 1994 iaitu bunga api jenis ‘pop-pop’ dan ‘happy boom’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");