Perak Hari Ini

Cari Punca Kenaikan Harga Barang

Kerajaan Perak akan melakukan pemeriksaan terhadap barangan pertanian di seluruh negeri itu dalam usaha untuk mencari punca kenaikan harga barangan.

Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia) negeri, A Sivanesan berkata, lawatan ke atas nelayan dan petani akan dibuat bermula Mac dan ia akan melibatkan persatuan pengguna, Jabatan KPDNKK negeri, FAMA serta beberapa jabatan berkaitan.

Menurut beliau, aspek kenaikan harga barangan ternyata memberi kesan buruk kepada rakyat terutama golongan B40 dan atas faktor itu kerajaan negeri wajar mengambil tindakan.

“Jadi saya akan berjumpa dengan persatuan-persatuan pengguna bagi membincangkan perkara ini dan kita cadang untuk sama-sama turun padang dan lihat sendiri sejauh mana kenaikan harga barangan.

“Saya sedikit hairan, mengapa harga barangan seperti ikan dan sayur naik sedangkan kerajaan ada memberi subsidi kepada nelayan serta petani namun ia sepertinya tidak membantu mengurangkan harga barangan tersebut.

“Sebab itu kita buat keputusan untuk turun dan melihat sendiri bagaimana nelayan serta petani buat kerja dan mengambil kira kos-kos yang digunakan,” katanya.

Terdahulu, Sivanesan ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa-mangsa kebakaran di Puncak Alam, Jelapang, hari ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");